Anda merancang untuk daftar Sdn Bhd?

 

Mungkin anda sedang bercadang untuk memulakan bisnes atau mengembangkan bisnes anda ke peringkat yang lebih tinggi jika anda sudah mempunyai Enterprise atau Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).

 

Maka, tiada lagi cadangan terbaik selain daripada daftar Sdn Bhd. 

 

Baik. 

 

Masalahnya anda dalam dilema dan kebuntuan idea tentang bagaimana cara untuk daftar Sdn Bhd dengan mudah? 

 

Jangan risau kerana anda sedang berada di perkongsian yang tepat.

 

Teruskan baca perkongsian kami ini sehingga habis. Confirm anda akan senyum sebab semuanya tak susah pun. 

Baca Juga : Kelebihan Daftar Sdn Bhd Anda Perlu Tahu

 

Apa Sebenarnya Syarikat Sdn Bhd?

 

Sdn Bhd merupakan singkatan kepada Sendirian Berhad.

 

Syarikat ini telah dihadkan oleh saham dan saham tersebut tidak boleh dijual kepada orang awam seperti apa yang boleh dilakukan oleh Syarikat Berhad.

 

Jenis syarikat ini perlu didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan matlamatnya adalah untuk memperoleh keuntungan.

 

Antara ciri lain Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) adalah seperti senarai di bawah: 

 

  1. Pemilik syarikat perlu mempunyai ahli lebih daripada seorang atau sekurang-kurangnya dua orang.

 

  1. Modal penubuhan syarikat dijana daripada pemilik syarikat tersebut.

 

  1. Mempunyai saham yang yang dimiliki oleh lebih daripada seorang individu. Ini dikenali sebagai ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat. Kita lebih biasa dengar kan ahli Lembaga Pengarah Syarikat? Orang-orang besar la dalam syarikat tersebut.

 

  1. Pemegang saham tidak boleh melebihi 50 orang. 

 

  1. Pemegang saham yang mempunyai 51% atau lebih daripada jumlah keseluruhan saham syarikat mempunyai hak untuk mengawal pengurusan syarikat.

 

  1. Saham syarikat tidak boleh dijual beli di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

 

  1. Pengarah syarikat mempunyai liabiliti terhad.

 

  1. Tertakluk bawah Akta Syarikat 1965 (kini dikenali sebagai Akta Syarikat 2016).

 

  1. Tidak wajib mengumumkan laporan kewangan tahunan kepada orang awam.

 

  1. Pemilikan aset tidak dinamakan kepada seseorang individu sahaja.

 

  1. Hutang perlu dipertanggungjawab oleh syarikat.

 

  1. Sebelum mendaftar, langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah anda hendaklah melantik setiausaha syarikat untuk membantu hal-hal yang berkaitan dengan penubuhan syarikat.

 

Setiausaha cukup memainkan peranan yang penting.

 

Setiausaha syarikat berperanan sebagai individu yang menyelesaikan keperluan dokumen dengan memastikan pendaftaran dan keperluan syarikat mengikut undang-undang.

 

Selain itu, setiausaha akan terus berkhidmat dengan syarikat selama tempoh kewujudannya atau selagi tidak ditamatkan perkhidmatannya.

 

Bagaimana Cara Untuk Daftar Sdn Bhd?

 

Sila ikut dan baca prosedur di bawah.

 

  1. Anda perlulah memberi tiga pilihan nama syarikat.


  2. Anda mestilah memberi tiga cadangan aktiviti perniagaan yang akan dilakukan oleh syarikat.

 

  1. Anda juga hendaklah memberi cadangan tentang akaun bank syarikat.

 

  1. Anda juga mestilah memberi alamat tempat tinggal bakal pengarah syarikat (jika alamat berbeza dengan alamat dalam kad pengenalan). Kalau sama, sila abaikan.

 

  1. Anda hendaklah memberi alamat tempat tinggal bakal pemegang saham syarikat (jika alamat berbeza dengan alamat dalam kad pengenalan). Kalau sama, sila abaikan.

 

  1. Anda juga perlu memberi aama penandatangan buku cek syarikat.

 

  1. Anda mestilah mengemukakan syarat penandatangan buku cek syarikat.

 

  1. Anda perlulah menyediakan dokumen sokongan iaitu salinan kad pengenalan bakal pengarah dan bakal pemegang saham syarikat.

 

Setelah kesemua dokumen di atas lengkap, buat temu janji dengan setiausaha syarikat.

 

Proses untuk daftar syarikat Sdn Bhd di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengambil masa selama antara 3 hari sehingga 10 hari. 

 

Anda juga dikehendaki menandatangani dokumen sekurang-kurangnya dua kali sebelum sijil penubuhan syarikat Sdn Bhd telah berjaya diperoleh.

 

Sijil penubuhan syarikat Sdn Bhd (Borang Seksyen 17) akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menandakan bahawa syarikat anda telahpun berjaya ditubuhkan. Tahniah!

 

Selepas itu, setiausaha syarikat akan memberikan Borang Seksyen 17 bersama Borang Seksyen 14, Notis Seksyen 15 dan Notis Seksyen 58 dan 236 (2) dan resolusi pembukaan akaun bank syarikat.

 

Setelah anda menerima dokumen lengkap seperti disebutkan di atas, perniagaan syarikat ini bolehlah dijalankan seperti apa yang telah dirancangkan.

Sekian sahaja perkongsian daripada kami mengenai proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd.

 

Masih buntu? Adakah anda memerlukan bantuan untuk daftar Sdn Bhd?

 

Dapatkan bantuan dan servis profesional melalui Proma Corporate House. Anda boleh KLIK SINI  atau klik button WhatsApp di bawah.