Kenapa Perlu

DAFTAR SDN BHD?

Daftar Sdn Bhd

Ramai sebenarnya pemilik bisnes yang ingin daftar sdn bhd namun mereka risau akan segala kos yang bakal terlibat baik dari segi kos pendaftaran dan juga kos pengurusan.

Memang kami tak nafikan bahawa ia lebih tinggi dan juga kompleks berbanding enterprise. Namun, banyak kelebihan yang bakal anda dapat sebenarnya.

Sebab itulah penting untuk anda mendapatkan konsultansi daripada firma setiausaha syarikat yang sah dan berkelayakan seperti Proma Corporate House.

Banyak juga kekurangannya jika anda terus kekal dengan enterprise dan tidak mendaftar syarikat sdn bhd dengan segera.

4 Kekurangan

ENTERPRISE!

Bukan kami nak kata yang Enterprise tak elok dan lebih baik untuk anda berbisnes menggunakan Sdn Bhd sahaja. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bergantung pada sales dan juga misi serta visi anda. Jika anda ingin membina sebuah empayar bisnes yang besar, mendapatkan pembiayaan atau pinjaman daripada institusi kewangan dan kurangkan cukai, daftar Sdn Bhd adalah salah satu daripada pilihan yang bijak.

Daftar Sdn Bhd

Cukai Tinggi!

Pengiraan cukai yang dikenakan  mampu mencecah 28%!

Daftar Sdn Bhd

Liabiliti

Jika perniagaan muflis, anda sebagai pemilik juga akan muflis!

Daftar Sdn Bhd

Kredibiliti Rendah

Di mata bank, syarikat dan kerajaan, enterprise tidak mempunyai kredibiliti.

Daftar Sdn Bhd

Bukan Warisan

Jika anda meninggal dunia, maka perniagaan anda juga akan turut meninggal.

Proses Sepantas

3 HARI BEKERJA!

Dengan kami, semuanya boleh diselesaikan sepantas 3 hari atau 7 hari bekerja maksimum. Cepat kan?

Dalam tempoh tersebut, kami akan isi dan lengkapkan borang yang diperlukan untuk proses daftar sdn bhd ini.

1. Nama Syarikat

Berikan kami 2-3 nama untuk syarikat anda. Jika sesuai dan available, kita teruskan sesegera mungkin.

2. Nama Pengarah

Nak lantik diri sendiri atau orang lain? Minimum seorang pengarah. Sediakan IC untuk mudahkan urusan.

3. Pemegang Saham

Maklumkan kami berapa ramai pemegang saham. Senaraikan juga berapa jumlah saham.

4. Alamat Perniagaan

Berikan kami alamat penuh dan lengkap di mana bisnes anda akan beroperasi jika ada. Jika tiada? No problem.

5. Jenis Perniagaan

Senaraikan jenis perniagaan apa yang bakal anda lakukan selepas daftar sdn bhd. Minimum 1 jenis.

6. Akaun Bank

Kami akan sediakan dokumen atau resolusi untuk anda buka akaun bank. Sediakan nama dan alamat bank.

Daftar Sdn Bhd

Simple je sebenarnya untuk anda daftar sdn bhd. Jangan risau. Segala prosedur yang kompleks kami akan uruskan.

Kami sendiri pernah lalui pengalaman berurusan dengan setiausaha syarikat yang laju masa nak kutip payment je. Bila nak minta dokumen, resolusi atau bantuan, bukan main lama lagi nak kena tunggu.

Selain itu, ramai juga pemilik bisnes yang nak bayar servis daftar sdn bhd murah. Murah tu okay. Tapi, akhirnya sendiri sakit hati dengan kualiti servis yang diterima.

Pilihlah firma yang mempunyai rekod yang baik dalam bidang ini seperti kami di Proma Corporate House. Apa yang anda bayar, anda akan terima lebih lagi dari nilai tersebut.

Jadi Berapa

HARGA DAFTAR SDN BHD?

Kami sediakan pakej terbaik pada satu harga yang sangat-sangat berpatutan. Nilai yang anda terima daripada pakej ini jauh lebih tinggi daripada apa yang anda perlu bayar.

Koleksi F.A.Q

SOALAN-SOALAN LAZIM

Berapa harga asal daftar Sdn Bhd?

Harga asal pakej termasuk website adalah RM3500. Special untuk promosi kali ini sahaja kami kurangkan harganya kepada RM2800. Anda menikmati penjimatan sebanyak RM700 tanpa dikurangkan sedikit pun nilai yang bakal anda terima.

Berapa lama proses diambil?

Proses ini akan mengambil masa selama 3-7 hari bekerja selepas kami mendapat bayaran, dokumen dan maklumat penuh daripada anda.

Bagaimana cara bayaran?

Deposit sebanyak 50% diperlukan untuk permulaan sebelum bakinya perlu dijelaskan sebelum kami menghantar dokumen kepada anda.

Hari bekerja dikira macam mana?

Untuk kami di Proma Corporate House, hari bekerja kami adalah dari hari Isnin sehingga Jumaat dan beroperasi bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang.

Hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad serta cuti-cuti umum atau cuti peristiwa tidak akan dikira sebagai hari bekerja.

Saya di negeri selain Selangor dan KL. Macam mana?

Kami tiada masalah untuk berurusan dengan anda yang berada di luar daripada lokasi kami iaitu negeri-negeri selain Selangor dan Kuala Lumpur untuk daftar Sdn Bhd.

Dokumen yang telah siap boleh kami hantar menggunakan kurier. Jangan risau. Semuanya selamat dan ditanggung oleh pihak kami.