Company profile, corporate profile dan profil syarikat. Apa bezanya?
Sebenarnya ia merujuk kepada perkara yang sama. Nanti kami akan kongsikan nama-nama lain yang merujuk kepadanya.
Sebelum tu, izinkan kami untuk berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan company profile untuk bisnes anda.
Sebenarnya masih ramai pemilik syarikat atau sebarang entiti perniagaan yang dah lama tertanya-tanya berkenaan company profile ni.
Ramai juga yang dah ada plan nak buat, tapi rasa macam perlu tak perlu je untuk bisnes.
Last-last terus tak buat.
Jangan risau. Kami di Proma Corporate House akan terangkan dengan terperinci berkenaannya untuk pastikan anda tahu kenapa anda perlukannya.
Setiap perniagaan atau entiti perniagaan perlu mempunyainya.
Sebenarnya anda mungkin pernah terlihat profile syarikat lain.
Biasanya ia dibuat seperti buku yang menggunakan comb binding.
Ada juga entiti perniagaan yang lebih kreatif dan ingin menjadi lain daripada pesaing-pesaing mereka.
Nak tahu macam mana corporate profile mereka?
Mereka buat dalam bentuk katalog dengan info dan grafik yang menarik.
Baca Juga : Profil Syarikat – Dokumen Penting Untuk Bisnes Anda!
Apa Sebenarnya Company Profile?
Corporate profile turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti:
- Profil korporat
- Profil syarikat
- Company profile
Sebenarnya semua tu merujuk kepada perkara yang sama.
Ia sebenarnya sebuah dokumen yang mempunyai maklumat-maklumat penting bagi sesebuah perniagaan dan juga syarikat.
Nanti kami akan kongsikan dengan lebih lanjut berkenaan maklumat yang perlu ada didalamnya.
Apa Kegunaan Company Profile?
Ia sangat penting jika anda ingin bersaing dengan bisnes-bisnes lain untuk beberapa tujuan seperti apa yang bakal kami kongsikan dibawah.
1. Tender
Adakah syarikat anda perlu bersaing dengan syarikat-syarikat lain untuk mendapatkan tender?
Jika ya, syarikat anda dah masuk dalam kategori wajib untuk mempunyainya.
Persaingan yang sengit memerlukan anda untuk lebih menonjol berbanding pesaing anda.
Jadi, cara terbaik adalah dengan menceritakan segalanya dengan tersusun dan terperinci dalam profile anda.
2. Pinjaman & Pembiayaan Institusi Kewangan
Biasanya syarikat atau perniagaan yang mempunyai profile, mereka akan lebih mudah untuk berurusan dengan mana-mana institusi kewangan.
Hal ini kerana ia menunjukkan bahawa syarikat anda sangat serius dalam bidang yang anda ceburi sekarang ini.
Ia juga menunjukkan dengan jelas bahawa anda merupakan salah satu daripada entiti perniagaan yang tersusun, teratur dan bersistem.
3. Penyertaan Pertandingan/Anugerah/ISO
Pengiktirafan, anugerah, kejayaan dalam mana-mana pertandingan pastinya akan meningkatkan lagi prestij syarikat anda.
Tapi, anda tahu tak yang hampir kesemuanya mempunyai syarat yang sama iaitu anda perlu mempunyai profile?
Kalau nanti baru anda nak buat, risau terkejar-kejar pula anda nanti. Baik buat sekarang.
Baca Juga : Corporate Profile – Relevan Lagi Pada Tahun 2022?
Apa Kelebihan Company Profile?
Banyak sangat sebenarnya kelebihan bila anda sendiri mempunyai company profile untuk perniagaan atau syarikat anda.
Antara kelebihan utamanya adalah:
- Boleh dibawa kemana-mana dengan mudah sebagai bentuk pemasaran dan juga untuk meningkatkan awareness terhadap syarikat anda
- Syarikat anda akan kelihatan lebih tersusun dan teratur kerana segala maklumat didalamnya telah disusun mengikut susunan yang sepatutnya
- Syarikat anda akan kelihatan lebih serius dalam bidang anda kerana bukan semua syarikat atau perniagaan yang memaparkan dengan terperinci maklumat berkenaan mereka
- Syarikat anda akan lebih mudah untuk dipercayai kerana segala maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan tidak berselindung.
Antara Isi Kandungan Wajib Company Profile
Disini kami akan senaraikan beberapa isi kandungan yang wajib ada didalam company profile anda.
Antara isi kandungan wajib yang anda perlu pastikan ada didalamnya adalah:
- Logo syarikat
- Nombor pendaftaran SSM
- Misi dan visi syarikat
- Informasi syarikat
- Alamat
- Cara berhubung
- Telefon
- Faks
- Carta Organisasi
- Biodata pemilik syarikat/CEO/Lembaga Pengarah
Ada banyak lagi sebenarnya yang anda perlu masukkan didalam company profile anda.
Jangan risau. Hubungi kami dan kami akan bantu anda untuk hasilkan company profile yang berkualiti.
Ada beberapa klien kami menggunakan corporate profile dan khidmat nasihat daripada kami telah berjaya mendapat pembiayaan sehingga RM300,000.
Mungkin anda pula yang seterusnya?
Jom baca info lanjut KLIK SINI atau hubungi kami untuk dapatkan company profile paling padu!